Tuesday, September 22, 2015

PANDUAN JIKA ANDA SUKA SIMPAN EMAS 💥


Nak membeli emas kena la tau sikit ilmu2 ni.....jom baca beberapa kesilapan yg mungkin kita xperasan or boleh elak dalam membeli dan mengumpul emas: 

10 Kesilapan Pembeli emas 💣💰
\




Kesilapan 1: 😓🔫
Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
-------------------------
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana perniagaan sekalipun. Baca at least 1 buku ilmu emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang emas untuk belajar terus dari yang pakar.

Kesilapan 2: 😓🔫
Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
---------------------------
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 gram @ 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk simpanan @ pelaburan. 
----------------------
Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas simpanan@ pelaburan dikeluarkan untuk tujuan keuntungan pembeli. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari Goldbar & dinar dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series PowerGold dan Sri Ayu.
Barang kemas bukanlah emas terbaik untuk tujuan “simpanan @ pelaburan”,bagaimanapun ia tetap baik dari langsung tidak menyimpan.


Kesilapan 4: 😓🔫
Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas
------- -----------------
Harganya lebih tinggi dari emas lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!
Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.




Kesilapan 5: 😓🔫
Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
---------- ------------
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.
graf pergerakan harga emas 10 tahun,Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena ye hi hi..


Kesilapan 6: 😓🔫
Pinjam duit untuk beli emas
--------------------- -- ---
Simpanan emas sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik membeli emas. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.
pelaburan emas dengan pinjaman
Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.


Kesilapan #7: 😓🔫
Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain
---- ---------------------
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas lelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb.
Sebagai contoh, emas PowerGold dan emas kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi.
Senang beli, senang jual balik.


Kesilapan #8: 😓🔫
Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
----------------------
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu.
Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja;
(1) Harga emas turun banyak secara mendadak,
(2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes.
Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Rujuk artikel “9 Tips Penting Memajak Emas Di Ar-Rahnu” untuk faham topik ni.


Kesilapan 9: 😓🔫
Membeli emas fizikal di bank
----------------------------
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet & ia berseal. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik.
Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
Sekali buka seal, anda rugi 25%!
Syiling Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia, dijual di Maybank.Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.
Emas powergold kemek ke calar ke powerGold jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok. Ini disebabkan powerGold adalah kilang emas yang mengeluarkan sendiri emas tersebut. Bukan sebagaimana bank yang membeli emas dari pihak ke-3.


Kesilapan #10: 😓🔫
Menjual emas ditempat yang salah
---------------------------
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga yang tertinggi. 

Kalau beli emas PowerGold, jual balik kepada powerGold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada PowerGold, spreadnya cuma sekitar 8% jer. Itulah ‘rule’ jual balik apa-apa jenis emas sekalipun.
Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan beli, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
Kurangnya Ilmu, Punca Utama 10 Kesilapan dia atas.. buat apa2 biar dengan adanya ilmu.😊

No comments: