Thursday, October 15, 2015

bagaimana memajak emas di Arrahnu

harini saya nak share sikit cara pajak emas di arrahnu...
dulu mungkin kita xpernah ambil tahu pun apa itu arrahnu kan???
or org ckp kedai pajak...semua org bayangkan org jual brg kemas...
sebenarnyer org yg tahu bagaimana nak manipulasi emas je yg rajin bertandang ke kedai pajak ni


Antara kelebihan utama menyimpan emas sebagai aset adalah simpanan tersebut tidak beku.Ianya mudah digadai selagi emas tersebut ditangan kita..

Berbanding dengan aset lain seperti hartanah,proses menjual atau menggadainya lebih rumit.Sama juga jika melabur dalam ASB atau Tabung Haji.Duit itu sebenarnya juga milik ASB/TH kerana aset pelaburan kita itu dipegang oleh mereka.Bukannya kita.

Itulah kelebihan aset simpanan/pelaburan emas.

Kalau nak pakai duit "sekejap" untuk hak mustahak atau untuk pusingan modal,tak perlu jual, cukup gadaikan emas tersebut.Kita akan dapat membuat pinjaman "bercagar" Bila sahaja modal kita sdh cukup untuk menebus emas tersebut,bersegeralah menebusnya.
.
Praktik Ar-Rahnu ini banyak digunakan di Kelantan terutamanya di Pasar Besar Siti Khadijah, anda boleh lihat bagaimana majority makcik2 yg berniaga di sana memakai emas.Antara tujuannya apabila memerlukan pusingan modal,mereka akan menggadaikan emas tersebut.
.
Cara nak pajak gadai Ar-Rahnu mudah sahaja.Dibawah saya beri panduannya secara umum.


1. APA YG PERLU DI BAWA?

Caranya hanya membawa Emas beserta Sijil Ketulenan(jika ada) dan resit pembelian.Kebiasaannya, untuk emas jenis Dinar,coin dan bar, tidak perlu menunjukkan resit belian kerana kebiasaanya jenis emas ini disertakan dengan sijil ketulenan ketika membeli emas tersebut.

2. JENIS EMAS YG DITERIMA

Penerimaan jenis emas disesebuah Ar-Rahnu berbeza.Ada yg menerima kesemua jenis emas, manakala ada yg hanya menerima barang kemas sahaja.

Antara kriteria emas yg terbaik untuk digadai

  • Untuk barang kemas, tiada batu permata dan aksesori lain (Barang kemas solid) .Ini kerana,semasa ujian ketulenan dan berat emas. aksesori tersebut akan ditanggalkan untuk menentukan berat sebenar emas tersebut.
  • Untuk JongkongGoldbar /Dinar/Syiling emas, pastikan emas tersebut tidak berbalut kekal "berseal".Pihak Ar-Rahnu akan membuka emas tersebut untuk ujian ketulenan. Pastinya, bila sahaja membuka "seal" emas tersebut, susut nilai emas tersebut akan jatuh sebanyak 15% atau lebih kerana hanya dianggap sebagai "used gold". Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.
Seal Emas perlu dibuka untuk membuat ujian Densimeter atau ketulenan dan berat emas 

3. MARHUM

Marhum adalah nilai harga emas : Berat Emas x Harga Semasa. Harga semasa bergantung kepada Ar Rahnu itu sendiri, ada yg mengikut pasaran London Bullion Market (spt Ar Rahnu Pos) dan ada yg menentukan sendiri harganya anda boleh merujuk harga emas bagi ar-rahnu di Harga emas 
Cth Nilai Marhum : 10gram x RM155 : RM1550

4. BERAPAKAH PINJAMAN YANG DIBERIKAN?

65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. 


Bergantung juga kepada Ar Rahnu itu sendiri, ada yg bermula dari 60% sehingga 75% mengikut nilai marhum emas
Cth utk pinjaman maximum : 
Marhum Emas x 75% , RM1000 x 75% : RM750
Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. 

Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.
Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter.

Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.


5. BERAPAKAH KADAR UPAH SIMPAN/ CAJ SIMPANAN?


Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman. ada juga mengikut jadual kadar marhum,semakin tinggi,maka semakin tinggi la upahnya. Pilih kadar upah yang terendah.
Cth Jadual Kadar Upah Simpan Bank Muamalat


Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

6. BERAPA LAMAKAH TEMPOH GADAIAN?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan.

Ar Rahnu selalu meletakkan max 6 bulan simpanan +3bulan + 3 bulan (upah simpan 6 bulan sebelumnya perlu dijelaskan). Selalunya akan dikira "sebulan" sekiranya tempoh simpanannya melebihi 15hari. Contohnya ada menggadaikan emas tersebut pada 1.3.2015,dan jika menebus semula emas pada 15.3.2015, ianya akan dikira sebagai simpanan sebulan.Oleh itu, kadar upahnya adalah penuh.


7. SURAT PAJAK GADAI

Setelah persetujuan pajak gadai berlaku, ofis Ar Rahnu akan mengeluarkan satu surat pajak gadai untuk ditandatangani dan cop jari.SIMPAN BAIK BAIK surat tersebut.Ini kerana anda tidak boleh menebus pajakan emas anda dan perlu pergi ke Mahkamah untuk membuat Akuan Bersumpah
Ini adalah jika pelanggan hilang Surat Akuan Gadaian; 
  1. Pelanggan yang kehilangan Surat Akuan Gadaian hendaklah hadir sendiri ke cawangan Ar-Rahn yang mana pelanggan melakukan urusniaga gadaian.
  2. Aduan kehilangan dibuat oleh pihak punya Surat Akuan Gadaian sahaja dan Ar-Rahn akan mengeluarkan satu salinan Surat Gadaian.
  3. Pelanggan hendaklah membuat Surat Akuan Bersumpah di Mahkamah atauPesuruhjaya Sumpah.
  4. Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Ar-Rahn dalam tempohTUJUH (7) hari dari aduan kehilangan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
8. PENGIRAAN PINJAMAN+ KADAR UPAH




antara dinar yg telah dipajak di arrahnu...
ini betul tau...
salah seorang stokis dlm group saya memajak suku dinarnyer di arrahnu pos...

cara pengiraan nyer...
ok..jom saya ajar sikit....
kita tgk gambar di atas...

Ar-rahnu pos ini menetapkan :
harga jualan 1 gram emas mengikut harga jualan pada 06.07.2015 = RM141 segram
berat suku dinar = 1.0625g x RM141 = RM149.91 (nilai marhum)
jumlah pinjaman yg diberikan = RM 112 (RM149.91 x 75%)
ini bermakna Arrahnu pos hanya memnerikan pinjaman 25% sahaja dari nilai marhum...
manakala upah simpan yang dikenakan hanya RM1.21 sebulan
tempoh simpanan adalah selama 6 bulan dan akan tamat pada 06.01.2016
Jumlah = (RM1.21 x 6 bulan) + RM 112.00 = RM 119.26

Antara tips pemilihan untuk memilih Ar Rahnu adalah


  1. Kadar Upah Rendah
  2. Kadar peratus pinjaman tinggi
  3. Pinjamannya tidak dimasukkan ke dalam Credit Credit Reference Informations (CCRIS) untuk mengelakkan dari BNM tahu kadar komitmen kita 
Untuk tips 1 dan 2, ianya berkaitan dengan peratus "interest" upah simpan yg dikenakan disetiap Ar Rahnu.Semakin rendah upah simpan dan semakin tinggi pinjaman., maka semakin rendahlah peratus "interest"nya.Cuba lihat bagaimana cara perbandingan "interest" berdasarkan kadar upah simpan berlainan dan kadar pinjaman Max berlainan (saya pernah bertanya di sebuah Ar-Rahnu di Sabah berapa upah simpannya, dan jawapannya cukup mengejutkan saya kerana kadar upah tersebut cukup tinggi iaitu 2% bagi nilai marhum emas)
Kadar "Interest" berdasarkan perbezaan upah simpan 

Kadar Interest berdasarkan perbezaan maksimum pinjaman

Ini antara Ar-Rahnu yang ada di Malaysia.Buat masa ini , saya galakkan di Ar-Rahnu Pos kerana menerima banyak jenis emas dan urusannya tidak la serumit mana



jadi...kita dapat RM112 dari pajakkan suku dinar dan perlu dibayar semula dlm tempoh 6 bulan dari tarikh pajakan...

inilah yg dikatakan...emas penyimpan nilai...
lebih kurang kita nak pakai duit urgent...kita gadai kejap...
dapat duit gunalah utk byr apa2 yg kita perlu byr...
then..kita tebus balik emas kita.....
jadi...duit dpt emas pun still ada

bayangkan jika kita xde emas...
bila nak pakai duit...
kena pinjam org ataupun korek wang simpanan...
kan rugi di situ...
wallahualam....




jom beli emas serendah 1 gram 1 bulan
Ilahfazilah
0126098480



1 comment:

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq