Saturday, October 17, 2015

Zakat Emas dan cara pengiraannya

Ramai prospek yg menghubungi saya yg bertanyakan tentang zakat emas sekiranya mereka membeli dan menyimpan emas...πŸ˜¦πŸ˜žπŸ™‡

Mula2 saya dulu pun mcm anda semua... bila belum bljr ilmu emas..benda2 seperti ni kita anggap sesuatu yg remeh temeh..
Tapi...lepas join n kita mula membaca dan belajar...sebenarnye ia bkn sesuatu yg membebankan apatah lg kita sepatutnya bangga jika suatu hari nanti kita pula termasuk dlm golongan yg mampu membayar zakat emas dan duit zakat kita disalurkan kepada asnaf2 yg memerlukan...πŸ˜†πŸ˜‡

Ingat....zakat itu membersihkan harta dan menyucikan jiwa...

Lagi pula....bkn bermakna bila kita stat je bl emas terus kena byr zakat...ada cara pengiraannya...kecuali anda memberi terus 100g atau 1kg emas...ha...yg tu mmg xleh lari...tp kalau kita mampu bl beratus ribu duit utk emas..xkan setakat 2.5% dari nilai emas kita xmampu byrkan ? πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜„

Saya bagi contoh...jika kita mula menyimpan 1g 1 bln...utk 12 bln baru ada 12g je pun...masih belum layak untuk membyar zakat emas... jadi...masa bila perlu byr zakat?..

Ok..jom tgk cara pengiraan dan dalil2 berkaitan byrn zakat supaya kita lebih jelas dan benar faham tentang zakat emas...




Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

::Dalil Wajib Zakat::

Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakarπŸ”  emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS 

* Emas Yang Disimpan

Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh:
Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak:

RM 4,000 X 2.5% = RM 100.

* Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya
bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.

Contoh:
Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak:

(RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.
[24/03 6:05 pm] As Pwergld: Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.

Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram

Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram


Jadi...apa pendapat anda selepas membaca mengenai simpanan emas dan zakat?
Rasanye xde masalah pun kan... bila kita boleh bezakan antara emas yg disimpan dan dipakai juga tempoh haul dan uruf...

Mungkin kita blm lg perlu membayar zakat dlm tempoh ms terdekat ini...tp jika telah smapai waktunyer...BERBANGGALAH anda kerana dpt menunaikan zakat tersebut....dan yg nyata...andalah yang layak digelar JUTAWAN EMAS...

Wallah hualam...


Jom kita menyimpan emas serendah 1 gram 1 bln...
Mulakan langkah anda sekarang



Call/sms/pm/wassup/telegram
☎✉πŸ“±πŸ“ 
Ilah Fazilah Gold
0126098480

No comments: